SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN (ITQAN) SESI 2023-2026
Calon boleh mula membuat semakan tawaran pada jam 2.00 petang, 20 Jun 2023 sehingga 22 Jun 2023.
Semakan boleh dibuat di laman Facebook ITQAN :
https://m.facebook.com/ITQANS
Calon yang BERJAYA perlu memberi maklum balas SETUJU TERIMA / TOLAK TAWARAN SEBELUM atau PADA 22 JUN 2023.
Surat tawaran dan slip setuju terima/tolak akan dihantar secara EMAIL kepada calon.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
06-767 2831 / 2817
Unit Pembangunan Insan
Bahagian Pendidikan JHEAINS
Semoga berjaya!
Melaka - Pada 3-4 Jun 2023 telah berlangsung bengkel Coaching dan Mentoring yang dianjurkan oleh Institut Tahfiz Al-Quran di A Famosa Resort, Melaka selama dua hari. Tujuan bengkel tersebut diadakan untuk memberi pendedahan mengenai teknik-teknik Coaching dan Mentoring yang berkesan kepada pensyarah dan kakitangan ITQAN agar dapat dipraktikkan dalam pekerjaan. Justeru itu, pensyarah dan kakitangan ITQAN juga dapat menambah ilmu mengenai pengurusan akademik dan pengurusan pentadbiran bagi memantapkan lagi kemahiran tersebut.
PERMOHONAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN (ITQAN) SESI 2023-2026
Permohonan ke Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat ITQAN telah dibuka bermula 14 Februari - 31 Mac 2023.
Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas _qr code atau melalui channel telegram https://t.me/+0xs1UB7-J3k3MzI1
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pembangunan Insan, Bahagian Pendidikan JHEAINS di talian 06-767 2831/2817