Pengambilan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat Sesi 2025/2028 di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan kini telah dibuka.
Ayuh mohon segera!
ย
Tarikh tutup permohonan pada 5 Mac 2025.
ย
Jangan lepaskan peluang anda untuk menyambung pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran.
Moh masuk ITQAN. Sila imbas kod QR untuk memohon.
Melaka - Pada 3-4 Jun 2023 telah berlangsung bengkel Coaching dan Mentoring yang dianjurkan oleh Institut Tahfiz Al-Quran di A Famosa Resort, Melaka selama dua hari. Tujuan bengkel tersebut diadakan untuk memberi pendedahan mengenai teknik-teknik Coaching dan Mentoring yang berkesan kepada pensyarah dan kakitangan ITQAN agar dapat dipraktikkan dalam pekerjaan. Justeru itu, pensyarah dan kakitangan ITQAN juga dapat menambah ilmu mengenai pengurusan akademik dan pengurusan pentadbiran bagi memantapkan lagi kemahiran tersebut.
ITQAN, GEMENCHEH - Program khas bersama YBhg. Dato' Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah JHEAINS pada 25 Mac 2022. YBhg Dato' juga sudi menyempurnakanย Perasmian Taman Rekreasi Hadiqah Ad-Durrah ITQAN dengan sesi penanaman pokok, pelepasan anak ikan serta melawat Rumah Pokok Tin ITQAN dan Laman Herba.